Skip to main content

Ketika acara Comic Fiesta 2017 yang berlangsung hujung minggu lepas, saya berpeluang untuk mencuba permainan mudah-alih(Permua) War Pods yang dibangunkan oleh studio pembangun permainan Malaysia iaitu Weyrd Works.

War Pods merupakan permua kedua oleh Weyrd Works dimana sebelum ini mereka melancarkan permainan Super Steampuff di iOS dan Android yang mana boleh dibeli dengan harga RM2.99.

Permua War Pods adalah sebuah permainan yang memfokuskan pengembaraan RPG dan bentuk pertempuran secara turutan. Menariknya, permua ini menggunakan konsep seakan permainan “Block Breaker” dimana pemain boleh memilih arah serangan untuk menghapuskan musuh-musuh. Kawasan pertempuran juga ditukarkan secara rawak setiap turutan sekaligus ia menghasilkan satu kepelbagaian dan pemain sentiasa perlu menukar strategi untuk menentang musuh.

Selain itu, pemain juga mempunyai sebilangan kemahiran seperti keupayaan untuk menyembuh pemain dan juga sebilangan jenis serangan yang berlainan dimana pemain berupaya untuk membuat serangan kombinasi yang menarik. Permainan ini juga memfokuskan pengawalan yang dengan satu tangan sahaja, dimana anda boleh bermain tanpa perlu memegang peranti anda dengan kedua-dua belah tangan.

Ketika Comic Fiesta 2017, saya berpeluang untuk mencuba permua tersebut dan bagi saya ia sememamgnya sebuah permua yang sangat menarik untuk dimain. Menurut JT Yean, pereka permainan tersebut, beliau menyatakan bahawa permua ini juga memfokuskan penceritaan yang meluas dimana pemain berupaya untuk merekrut watak-watak baru. Setiap watak juga mempunyai kemahiran yang berlainan.

Namun, permua War Pods masih belum dilancarkan secara rasmi. Menurut pembangun permainan tersebut, ia bakal tiba pada 2018 ini khas di iOS dan Android. Bagi anda yang berminat untuk mengetahui lanjut berkenaan permainan ini, anda boleh melayari laman rasmi Weyrd Works di bawah.

[info] Laman Rasmi : Weyrd Works [/info]

Leave a Reply