Jika dikira masa yang digunakan untuk bermain permua sudah semestinya ramai yang akan terkejut. Permua biasanya mengasyikkan yang membuatkan kita tidak sedar sudah lama bermain.

Minggu ini, Apptopia berkongsi senarai mengenai permua yang dimainkan paling lama untuk bulan Mei sehingga Julai. Secara keseluruhan Clash of Clans mendahului dengan mencatat 3.8 bilion jam masa dimainkan ia diikuti My Talking Tom, Candy Crush Saga dan Fortnite.

Keseluruhan adalah menggabungkan masa bermain untuk permain di iOS dan Android, manakala untuk di iOS sahaja, Fortnite mendahalui dengan 2.9 bilion jam. Di Android, Clash of Clans mendahalui dengan 2.9 bilion jam.

Fortnite masih tidak dikeluarkan secara penuh di Android. Disebabkan itu apabila ia dikeluarkan, sudah semestinya Fortnite akan mendahului untuk keseluruhan permainan paling lama dimainkan.

Senarai ini tidak mengambil kira permua yang dimuat-turun melalui kedai parti ketiga untuk Android.

Sohor Kini