Star Wars : Knights of The Old Republic (KOTOR) ialah RPG yang menyebabkan kami mula memainkan genre ini. Kombinasi kisah Star Wars di era Old Republic dengan sistem RPG Bioware membuatkan KOTOR menjadi antara RPG klasik di PC. Kerana kemajuan teknologi, KOTOR kini boleh dimainkan di peranti Android dan iOS.
Kepada pengguna Android, KOTOR kini boleh dibeli pada harga RM 19.99 menerusi Play Store. Ini ialah potongan lima puluh peratus berbanding harga asalnya sebelum ini. Kepada yang masih belum pernah memainkan KOTOR, kami menyarankan anda memuat turun permua ini kerana ia mempunyai jalan cerita yang epik yang mempunyai pengakhiran yang setanding dengan filem M Night Shamalayan. Kepada pengguna iOS, KOTOR sudah ditawarkan pada harga yang sama sejak beberapa bulan yang lalu. Apa yang anda tunggu lagi meatbag?
[download] Muat turun permua Knights of The Old Republic menerusi Play Store [/download]