Pada awal bulan Ogos, telah kami laporkan di mana Activision telah melancarkan Destiny 2: Legendary Collection yang menyertakan DLC Forsaken.
Walaupun sudah lama tersenarai di PSN Store – harga jualan untuk pasaran Malaysia belum diumumkan sehingga hari ini. Untuk bentuk fizikal ia ditawarkan pada harga RM249, manakala versi digital adalah pada RM234 sahaja. Pakej Destiny 2: Legendary Collection ini akan menyertakan Expansion I: Curse of Osiris, Expansion II:
Warmind, dan yang terbaru Forsaken.
Jika anda berminat, ia sudah boleh ditempah melalui PSN Store dan akan hadir bermula 5 September kelak.
[info] Pra Tempah: Destiny 2: Legendary Collection Di PSN Store Hari Ini [/info]