Pada bulan Jun lalu, telah kami laporkan di mana Destiny 2 akan hadir dengan DLC baru – Forsaken. Kini, Activision mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan Destiny 2: Legendary Collection – iaitu pakej Destiny 2 dengan kesemua DLC termasuk Forsaken.
Pakej ini dijual pada harga $60 (~RM243) sahaja, manakala pakej Annual Pass adalah $35 (~RM142). Activision turut menawarkan satu pakej lain yang termasuk Legendary Collection dan Annual Pass – dijual pada $5 lebih mahal iaitu $100 (~RM406).
Walaupun begitu, dari segi harga pasaran Malaysia, Activision masih belum berkongsi sebarang pengumuman. Seperti biasa, kami akan mengemaskininya apabila ia diumumkan secara rasmi.
Destiny 2 adalah permainan penembak pandang pertama oleh Bungie yang memfokuskan bentuk permainan secara multi-pemain. Ia dilancarkan tahun lepas dan kini ia menerima pelbagai kemaskini baru sejak pelancarannya. Destiny 2 boleh dimainkan di Playstation 4, Xbox One dan PC.