Informasi Permainan Video Terkini
Trailblazer Gaming Fest Akan Berlangsung Di Sungei Wang Pada Hujung Minggu Ini
Artikel Berkaitan

Trailblazer Gaming Fest Akan Berlangsung Di Sungei Wang Pada Hujung Minggu Ini

Diterbitkan pada Ogos 9, 2018 oleh .

Trailblazer Gaming Fest adalah acara di mana para pemain di Malaysia berkumpul. Selain daripada pengumpulan para pemain Malaysia, acara ini turut mengadakan pertandingan bermain permainan video, sesi mencuba bermain permainan video dengan Intel NUC dan juga pertandingan cosplay.

Pertandingan permainan video yang diadakan adalah perlawanan DOTA 2. Di mana pertandingan ini menawarkan hadiah utama berjumlah RM2,500. Manakala pertandingan cosplay, hadiah tunai bernilai RM600 boleh direbut.

Selain itu, terdapat juga permainan realiti maya Beat Saber, permainan FIFA 18, CS:GO, Street Fighter dan permainan pertempuran royale PUBG untuk pengunjung cuba bermain. Acara Trailblazer Gaming Fest juga turut akan dihadiri oleh penggalak permanianMalaysia untuk peminat bertemu dan mengenali antara satu sama lain.

Intel pula, akan mempamerkan set komputer gaming bersaiz kompak – Intel NUC. Untuk acara ini Intel menyediakan Intel NUC8I7HVK atau dikenali sebagai Hades Canyon. Hades Canyon ini dijana dengan pemproses Intel i7 – 8809G, kad grafik AMD Radeon RX Vega M GH, memori sehingga 32GB RAM, sokongan storan SSD dan mempunyai pelbagai port penyambungan.

Selain Intel, Corsair dan ATO Online Store turut terlibat sebagai rakan kerjasama untuk acara ini. Jadi jika anda berminat untuk hadiri dan tonton acara ini, anda boleh hadirkan diri di Sungei Wang Plaza pada 11 dan 12 Ogos ini – iaitu hari Sabtu dan Ahad.


TIPS & ULASAN