Informasi Permainan Video Terkini
Bentuk Permainan Red Dead Redemption 2 Dipertontonkan – Memperlihatkan Bentuk Dunia Terbuka Yang Lebih Mendalam

Bentuk Permainan Red Dead Redemption 2 Dipertontonkan – Memperlihatkan Bentuk Dunia Terbuka Yang Lebih Mendalam

Diterbitkan pada Ogos 9, 2018 oleh .

Rockstar Games hari ini akhirnya melancarkan trailer terbaru buat permainan Red Dead Redemption 2 yang mana mereka mempertonton sebilangan bentuk permainan. Menariknya, segala tindakan pemain akan memberi kesan terhadap watak utama permainan tersebut, iaitu Arthur Morgan dimana beliau merupakan salah seorang daripada kumpulan “Van Der Linde Gang“.

Melaluinya, Rockstar Games memperlihatkan bentuk permainan lebih mendalam dimana menurut mereka, permainan mempunyai bentuk dunia terbuka yang lebih meluas. Melalui trailer tersebut, Rockstar Games juga mempertontonkan fungsi Dead Eye yang mana kini akan kembali dan ianya adalah satu kemahiran buat pemain untuk memperlahankan masa untuk menyasar senjata dengan lebih mudah.

Pemain juga berupaya untuk menghasilkan satu pangkalan khas dimana ianya akan menjadi satu pangkalan asas buat pemain untuk makan, mengumpul barangan dan sebagainya. Pemain juga perlu memastikan pangkalan tersebut mempunyai sumber-sumber yang mengcukupi dan ianya bukan sahaja akan memudahkan pemain, malah meningkatkan lagi semangat moral keseluruhan kumpulan “Van Der Linde Gang“.

Pemain juga berupaya untuk berinteraksi dengan pelbagai bentuk konfrantasi dimana pemain boleh mengelak sebarang pertelingkahan untuk membina hubungan baru dengan watak-watak lain ataupun bertempur untuk menjadikan mereka sebagai musuh.

Bentuk pertempuran di dalam Red Dead Redemption 2 juga diubah suai dimana setiap senjata mempunyai ciri-cirinya tersendiri. Hubungan antara kuda dan pemain juga memainkan peranan penting di dalam permainan ini dimana setiap tindakan yang pemain lakukan terhadap kuda tersebut, ianya akan memberi kesan terhadap prestasi kuda tersebut. Kuda tersebut juga berupaya untuk membawa barangan tambahan dan baka kuda yang berlainan akan memberi kesan yang berlainan mengikut keupayaannya.

Menurut Rockstar Games, mereka akan berkongsi sebilangan bentuk permainan yang baru pada masa akan datang yang mana permainan tersebut akan mempunyai pelbagai lagi aktiviti lain yang pemain boleh lakukan.

Berdasarkan apa yang sudah dipertontonkan buat masa ini, sememangnya kandungan di dalam dunia terbuka permainan Red Dead Redemption 2 akan menjadi satu penanda aras buat permainan-permainan dunia terbuka diluar sana.

Red Dead Redemption 2 adalah permainan seterusnya buar siri Red Dead. Ianya bertempatkan 12 tahun sebelum permainan Red Dead Redemption pertama yang dilancarkan 2010 lepas di Playstation 3 dan Xbox 360. Kini permainan terbaru Red Dead Redemption 2 dijadualkan untuk dilancarkan pada 26 Oktober 2018 ini dan ia ditawarkan untuk PlayStation 4 dan Xbox One. Bagi anda ingin melihat senarai edisi permainan yang diumumkan, anda boleh ke pautan ini.


TIPS & ULASAN