Skip to main content

Nintendo Switch adalah sebuah konsol hibrid. Ia boleh dimainkan secara mudah alih atau juga melalui penyambungan ke televisyen atau monitor. Menjadikan ia menarik adalah, ia turut mempunyai pelbagai aksesori. Terkini Hori, melancarkan alat kawalan khas dengan rekaan alat kawalan GameCube yang mengimbau kenangan peminat permainan video zaman dulu.

Walaupun sebelum ini kami melaporkan yang mana PowerA akan melancarkan alat kawalan rekaan GameCube, kini tampaknya Hori juga tidak melepaskan peluang untuk berbuat sedemikian memandangkan permainan Super Smash Bros. Ultimate semakin hampir tiba Disember ini.

Lebih menarik, alat kawalan tersebut akan didatangi dengan rekaan tema berlainan iaitu tema Pikachu, Zelda dan juga Mario. Namun, seperti alat kawalan pihak ketiga lain, alat kawalan GameCube oleh Hori ini juga adalah alat kawalan berwayar.

Ia akan mula dijual di Jepun bermula bulan Oktober akan datang. Ia dijual pada ¥3218 (~RM117.40) termasuk cukai. Dari segi pasaran Malaysia, kami percaya ianya akan tiba pada masa yang sama memandangkan produk-produk Hori sering dijual di Malaysia melalui kedai-kedai permainan video tempatan.

Leave a Reply