Sebelum ini, Capcom menyenaraikan watak-watak DLC musim ketiga buat permainan perlawanan Street Fighter V dan kini, dua watak terakhir daripadanya akhirnya tiba buat permainan tersebut.
Dua watak tersebut adalah G, iaitu watak baru dan Sagat, pesaing Ryu yang pasti ramai peminat menanti-nanti untuk melakukan serangan ikonik “Tiger Uppercut” beliau. Sagat juga bakal hadir dalam kawasan ikonik beliau iaitu King’s Court. Sebuah peringkat berasaskan watak tersebut dalam Street Fighter yang asal.
Manakal G pula adalah watak baru yang direka khas di dalam permainan ini dimana beliau memanggil dirinya sebagai presiden dunia. Menariknya, beliau juga mempunyai kuasa berdasarkan kekuasan presidennya seperti melakukan ucapan khas untuk meningkatkan kuasanya.
Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan watak-watak ini, anda boleh dapatkannya melalui pas musim ketiga dengan harga RM120 ataupun membelinya secara berasingan melalui DLC pernambahan bermula hari ini. Anda juga berupaya untuk membeli watak tersebut dengan menggunakan mata wang permainan Fight Money dengan nilai 100,000 Fight Money.
Street Fighter V merupakan permainan perlawanan yang dibangunkan oleh Capcom buat konsol Playstation 4 dan PC. Pada Januari lepas, Capcom melancarkan permainan Street Fighter V: Arcade Edition yang menyertakan sebilangan kemaskini baru bersama pas musim pertama dan kedua bagi permainan tersebut.