Skip to main content

Nintendo melalui kuciran di akaun Twitter Nintendo Versus mereka mengumumkan Nintendo Direct akan ditayangkan pada 10 malam, 8 Ogos 2018. Tambah mereka lagi, Direct ini akan memfokuskan kepada permainan Super Smash Bros Ultimate.

Super Smash Bros Ultimate diumumkan pertama kali semasa persidangan E3 Nintendo pada Jun lepas dan akan dikeluarkan pada 7 Disember 2018 untuk Switch.

Berdasarkan pengumuman sebelum ini akan terdapat 65 Fighters, iaitu jumlah tersebut juga merupakan jumlah kesemua watak-watak yang pernah dilancarkan di permainan Super Smash Bros. sebelum ini termasuklah dua watak baru yang diumumkan iaitu Inkling dan Ridley.

Nintendo Direct yang bakal ditayangkan nanti akan disampaikan oleh pengarah Super Smash Bros. Ultimate sendiri iaitu Masahiro Sakurai. Sama-sama kita nantikan.

Leave a Reply