Arena e-sukan semakin berkembang pesat setahun dua kebelakangan ini, termasuk dengan pelbagai penganjuran pertandingan e-sukan, selain ia sendiri diiktiraf dan mula diintegrasikan ke dalam sukan utama seperti Sukan Asia dan sebagainya.
Kini, selari dengannya, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq melalui akaun Twitter beliau mengatakan beliau inginkan Malaysia menjadi hab e-sukan di rantau ASEAN ini.
Will be on a work visit to Singapore for 2 days.
Di sana saya akan bersama Timbalan Perdana Menteri, Menteri Belia, Komuniti dan Budaya & Minister of State.
E-Sports and Youth Employment will be my focus.I want Malaysia to be the E-Sports Hub of ASEAN. pic.twitter.com/C3EZmmiXNT
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) August 4, 2018
Perkara ini dikongsikan beliau ketika lawatan kerja di Singapura, dan pada masa yang sama melawat beberapa pihak untuk membincangkan pembangunan e-sukan di Malaysia, termasuk Razer.
Dengan langkah ini, kita mungkin akan melihat arena ini berkembang dengan lebih pesat dan mungkin menyaksikan pelbagai pasukan tempatan menerima sokongan dan bersaing pada peringkat antarabangsa.