Octopath Traveler merupakan permainan yang baru sahaja dikeluarkan pada bulan lepas dan merupakan eksklusif untuk Switch. Melalui kuciran di akaun Twitter rasmi permainan tersebut, setakat ini ia telah diedarkan dan juga dimuat-turun sebanyak 1 juta unit dalam masa 3 minggu.

Kami tidak terkejut dengan jumlah ini, beberapa minggu lepas permainan ini mempunyai permintaan melebihi pengedaran di Jepun yang membuatkan Square Enix meminta maaf kerana tidak menjangka permintaan yang terlalu tinggi.

Tahniah kami ucapkan untuk Square Enix dan juga Nintendo selalu pengedar permainan ini.

Sohor Kini