Middle-Earth: Shadow of War adalah permainan video aksi pengembaraan dalam dunia yang sama dengan Lord of The Rings dan ia merupakan permainan sekuel buat Shadow of Mordor. Terkini, Warner Bros Interactive Entertainment, mengumumkan edisi lengkap bakal tiba penghujung bulan ini.
Permainan asalnya telah pun dilancarkan tahun lepas Playstation 4, Xbox One dan PC. Ia mendapat pelbagai kritikan kerana bentuk mikro-transaksi yang tersedia merosakkan keseimbangan permainan tersebut walaupun ianya hanyalah sebuah permainan secara solo. Sekaligus, Julai lepas pihak Warner Bros. Interactive Entertainment mengambil keputusan untuk membuang fungsi tersebut.
Kini, Warner Bros. Interactive Entertainment mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan edisi lengkap, iaitu Middle-Earth: Shadow Of War Definitive Edition yang menyertakan kesemua DLC pernambahan yang dilancarkan sebelum ini.
Jika anda adalah peminat Lord of The Rings dan juga peminat akan permainan video,ini adalah masa untuk memiliki Middle-Earth: Shadow of War edisi lengkap bermula 31 Ogos ini dengan harga $59.99(~RM240).