Skip to main content

Dengan pelancaran Spyro Reignited Trilogy yang semakin hampir, hari ini melalui laman rasmi permainan tersebut, Activision memperlihatkan kotak permainan bagi edisi fizikal yang mana ia menyatakan bahawa sebahagian kandungan permainan tersebut perlu dimuat-turun secara atas-talian.

Menurut laporan Gematsu, kandungan yang perlu dimuat-turun adalah kandungan permainan Spyro 2: Ripto’s Rage! dan Spyro: Year of the Dragon sahaja. Dimana kandungan Spyro: The Dragon akan disertakan di dalam cakera blu-ray permainan.

Selain itu, menurut akaun rasmi Spyro The Dragon, kandungan tersebut boleh dimuat-turun secara automatik tanpa sebarang kod permainan. Sekaligus buat mereka yang ingin mendapat edisi fizikal dan ingin menjualnya semula kelak, pemilik seterusnya masih lagi berupaya untuk mendapatkan ketiga-tiga permainan tersebut.

Ini merupakan perkara yang agak mengejutkan memandangkan permainan pernambah-baikkan seperti Crash Bandicoot N.Sane Trilogy tidak mempunyai kaedah seperti ini yang mana juga mempunyai 3 permainan di dalam satu cakera khas. Walaubagaimana pun, pihak Activision tidak menyatakan sebab kenapa mereka melakukan perkara sedemikian.

Spyro Reignited Trilogy merupakan permainan pernambah-baikkan yang diumumkan April lepas oleh Activision. Seperti Crash Bandicoot N.Sane Trilogy, permainan ini akan menyertakan 3 siri permainan Spyro pertama iaitu Spyro the DragonSpyro 2: Ripto’s Rage! dan Spyro: Year of the Dragon. Menurut Activision, permainan tersebut akan dilancarkan di konsol Playstation 4 dan Xbox One pada 21 September.

Leave a Reply