Bungie hari ini mengumumkan penambahan utama terbaru bagi Destiny 2 iaitu Forsaken akan tiba secara global pada 4 September 2018 untuk Playstation 4, Xbox One dan PC.
Forsaken akan menambah 2 tempat ataupun destinasi baru untuk dijelajah oleh pemain iaitu The Tangled Shore bersama dengan senjata, perisai dan Supers untuk diperoleh.
Selain itu mod permainan baru juga akan diperkenalkan iaitu Gambit. Mod permainan ini adalah 4 lawan 4 yang menggabungkan PvE dan PvP menjadi satu pertempuran. Mod terbaru ini boleh mula dicuba semasa E3 nanti.
Penambahan ini dikeluarkan dengan tiga edisi iaitu Digital Deluxe Edition yang berharga $79.99 (RM317), Forsaken + Pas Tahunan berharga $69.99 (RM278) dan Forsaken sahaja berharga $39.99 (RM158).
Digital Deluxe Edition akan disertakan dengan set The Awoken Legend yang mengandungi Wrath Majestic Legendary Bow Ornament, Direge Paladin Emblem dan Vestian Ghost Shell.
Selain itu pemain juga akan menerima pas tahunan yang akan mempunyai tiga penambahan kandungan yang akan dikeluarkan pada akhir tahun 2018, dan dua lagi pada awal tahun 2019.
Anda masih memerlukan permainan asal Destiny 2 dan juga dua DLC yang dikeluarkan sebelum ini iaitu Warmind dan Curse of Osiris. Buat masa ini tiada penawaran dalam satu dan perlu dibeli secara berasingan.
[info] Pra-Tempah: Battle.net (PC)[/info]