Pada acara E3 bulan Jun lalu, EA mengumumkan Origin Access Premier – iaitu perkhidmatan langganan premium buat permainan-permainan video terhangat. Hari ini, perkhidmatan ini telah dilancarkan secara rasmi.

Langganan ini membenarkan pemain untuk bermain permainan-permainan dari EA lebih awal. Antaranya adalah Battlefield V pada 11 Oktober, Madden NFL 19 pada 2 Ogos, FIFA 19 pada 20 September dan juga Anthem pada 15 Februari.

Dari segi harga langganan pula, servis tersebut akan bermula dengan harga $14.99 (~RM60) bagi sebulan ataupun $99.99 (~RM399) untuk setahun berbanding dengan Origin Access asal dengan harga $4.99 (~RM20) sebulan dan $29.99 (~RM120).

Jadi, jangan tunggu lagi – ayuh langgan dan nikmati akses awal untuk bermain permainan video menarik ini.

Langgan: EA Origin Premier Access

Sohor Kini