Gran Turismo Sport adalah permainan video perlumbaan eksklusif buat Playstation 4. Selepas kemaskini pada bulan Mei lepas yang membawakan pelbagai kandungan baru, kini untuk bulan Julai – kemaskini ini hadir dengan litar baru dan Mercedes F1 bersama kenderaan baru yang lain.

Berikut adalah antara model-model kereta baru dalam kemaskini Julai ini,

  1. Mercedes AMG F1 W08 EQ Power+ 2017 (Gr.X)
  2. Mazda 787B ’91 (Gr.1)
  3. Ford GT LM Spec II Test Car (Gr.3)
  4. Ferrari 250 GTO CN.3729GT ’62 (Gr.X)
  5. HONDA S660 ’15 (N100)
  6. Honda Beat ’91 (N100)
  7. Daihatsu Copen Active Top ’02 (N100)

Selain daripada kereta-kereta baru, terdapat juga satu litar baru iaitu – Circuit de Sainte-Croix (A/B/C). Litar ini membawa perlumbaan kereta di Provence, Perancis Selatan sehingga 10KM jarak. Terdapat juga pilihan litar dengan lencongan 90-darjah atau juga bucu yang bergeometri.

Lebih menarik adalah, pemain kini turut boleh membeli model kereta secara berasingan melalui Playstation Store. Menjadikan pemain yang minat akan permainan simulasi perlumbaan ini adalah – kini topi keledar dan sut avatar perlumbaan boleh diubahsuai dengan menambah pelbagai jenis pelekat. Pemain turut boleh merakam avatar pelumba yang diubahsuai melalui mod foto.

Lain-lain kemaskini adalah, terdapat tiga acara tambahan di dalam GT League – Lightweight K Cup (Liga Permulaan), Nostalgic Car Festival (Liga Amatur) dan Mercedes AMG Grand Prix (Liga Profesional). SCAPES juga turut diperkenalkan – pemain boleh mengubah latar pelumba seperti menambah orang ramai untuk sorak atau juga koleksi Tokyo Outer Ring Road, Chiba. Terakhir adalah tambahan Circuit de la Sarthe di dalam Circuit Experience.

Jadi, apa anda tunggu lagi – muat turun sekarang dan cuba kemaskini terbaru buat Gran Turismo Sport. Saya sendiri gemar akan kemaskini di mana anda boleh ubahsuai avatar pelumba dan pastinya saya akan letakkan pelumba saya di Kuala Lumpur dan kongsi ke media sosial selepas merakamnya melalui mod foto.

Sohor Kini