Polyphony Digital hari ini melancarkan kemaskini terbaru buat permainan perlumbaan Gran Turismo Sport yang mana ia akan menyertakan pelbagai kandungan baru termasuklah acara GT League baru dan kenderaan baru.

Antara kandungan baru yang diumumkan adalah kenderaan baru. Berikut adalah senarai kenderaan yang disertakan:

  • Fiat 500 F ’68
  • Jaguar XJR-9 ’88
  • Lamborghini Miura P400 Bertone Prototype CN.0706 ’67
  • Sauber Mercedes C9 ’89
  • Mitsubishi Lancer Evolution IV GSR ’96
  • Nissan R92CP ’92
  • Renault Sport Megane Trophy ’11
  • Renault Sport Clio R.S. 220 EDC Trophy ’16
  • Subaru BRZ S ’15

Manakala bagi acara GT League pula, Polyphony Digital akan menyertakan 3 kejohanan baru iaitu Group 4 Cup, World Hatchback Championship dan Lamborghini Cup.

Selain itu, mereka juga akan menyertakan litar Circuit de la Sarthe yang bertempatkan di barat Perancis. Sejak pembukaannya dari tahun 1923, litar tersebut menempatkan pelbagai jenis perlumbaan yang berpanjangkan sebanyak 13.6KM.

Selain itu, terdapat juga sebilangan kemaskini lain seperti pendaftaran buat mod Sports, lokasi Scapes baru, jenama kenderaan Fiat di Brand Central dan kemaskini Dragon Tails buat Circuit Experience.

Jangan lepaskan peluang anda untuk berlumba bersama-sama kemaskini terbaru ini khas di Gran Turismo Sport hari ini.

Sohor Kini