Skip to main content

Setelah penantian lebih dari 10 tahun, Kingdom Hearts 3 akhirnya diumumkan bakal tiba 29 Januari 2019 ini dan pasti ramai peminat tidak sabar untuk bermainnya. Namun, adakah penantian tersebut berbaloi?

Kini melalui laporan Eurogamer, Kingdom Hearts 3 akan mempunyai kandungan permainan lebih dari 80 jam. Namun, kandungan tersebut disertakan dengan misi sampingan bersama mini permainan. Jika melalui penceritaan utama sahaja, Kingdom Hearts 3 akan mempunyai 40 hingga 50 jam.

Ini merupakan satu kenyataan yang menarik memandangkan siri Kingdom Heart sebelum ini memerlukan tidak lebih dari 30 jam untuk melengkapkan permainan tersebut. Dengan kandungan lebih dari 80 jam ini, ianya mungkin akan menjadi satu permainan yang berbaloi penantian untuk peminat.

Kingdom Hearts merupakan siri permainan kolaborasi antara Disney dan Square-Enix yang mana ia mengadungi pelbagai watak daripada siri Disney dan juga watak-watak dari francais Square-Enix.

Terkini, Kingdom Hearts 3 iaitu permainan aksi pengembaraan seterusnya oleh Square-Enix yang mana ia bakal dilancarkan pada 29 Januari 2019 ini khas di Playstation 4 dan Xbox One.

Leave a Reply