Informasi Permainan Video Terkini
Digimon Survive Diumumkan Oleh Bandai Namco – Trailer Pertama Dipertonton

Digimon Survive Diumumkan Oleh Bandai Namco – Trailer Pertama Dipertonton

Diterbitkan pada July 30, 2018 oleh .

Minggu ini, Bandai Namco mengumumkan permainan baru buat siri Digimon iaitu Digimon Survive yang mana ia memfokuskan bentuk permainan sebagai strategi turutan.

Menurut Bandai Namco, permainan ini akan dilancarkan di Playstation 4 dan Switch pada tahun hadapan buat pasaran Jepun. Dari segi pasaran global, Bandai Namco masih belum berkongsi sebarang informasi tambahan.

Menurut laporan Gematsu, permainan ini akan memfokuskan penceritaan dengan pelbagai pengakhiran. Setiap jalan penceritaan permainan ini juga berkait rapat dengan pilihan yang dilakukan oleh pemain. Pilihan pemain tersebut juga akan mmeberi kesan terhadap evolusi Digimon tersebut.

Selain daripada itu, dari segi pertempuran, Bandai Namco menyatakan bahawa ianya akan memfokuskan bentuk strategi secara turutan dan Digimon juga berupaya untuk digivolve semasa pertempuran dengan melakukan sebilangan tugasan.

Menurut penerbit permainan tersebut, Kazumasa Habu, permainan ini akan menyertakan hampir 100 jenis Digimon yang boleh dimainkan dan ianya tidak akan mempunyai bentuk sci-fi seperti Digimon Story: Cyber Sleuth tetapi akan memfokuskan penceritaan yang lebih mendalam.

Seperti biasa, kami akan kongsikan sebarang informasi tambahan berkenaan permainan Digimon Survive setelah mereka mengumumkannya kelak.


TIPS & ULASAN