Informasi Permainan Video Terkini
Mod Fallout: Miami Diumumkan Oleh Peminat – Khas Buat Pemain Di PC
PC

Mod Fallout: Miami Diumumkan Oleh Peminat – Khas Buat Pemain Di PC

Diterbitkan pada July 28, 2018 oleh .

Jika anda masih lagi belum berpuas hati dengan permainan Fallout 4 dan ingin mengembara di kawasan yang baru, minggu ini sekumpulan peminat permainan tersebut menghasilkan satu trailer khas yang memaparkan projek mod terbaru mereka iaitu Fallout: Miami yang akan memfokuskan kawasan pasca-apokalips di bandar Miami.

Menurut mereka, mod tersebut akan mempunyai saiz yang sedikit besar berbanding DLC Far Harbor yang dilancarkan oleh Bethesda Softworks sendiri dimana mereka bukan sahaja akan menyertakan kawasan baru, malah misi baru, barangan baru dan juga pelakon suara latar baru dengan penceritaan yang dibangunkan khas buat mod tersebut.

Buat masa ini, mereka masih belum lagi mempunyai sebarang tarikh pelancaran buat mod tersebut, namun mereka juga berminat untuk mencari peminat lain yang ingin membantu untuk proses pembangunan Fallout: Miami ini dimana anda berupaya berbuat demikian melalui laman ini.

Tak banyak yang dapat kami kongsikan memandangkan projek mod ini masih lagi dibangunkan dan bagi anda yang ingin mengetahui informasi lanjut, anda boleh melayari laman rasmi mereka di sini.


TIPS & ULASAN