Informasi Permainan Video Terkini
Alto’s Odyssey Kini Boleh Dimuat-Turun Pengguna Android

Alto’s Odyssey Kini Boleh Dimuat-Turun Pengguna Android

Diterbitkan pada July 27, 2018 oleh .

Noodlecake Studios sebelum ini pernah hadir dengan permua dinamakan Alto’s Adventure. Melaluinya, ia menawarkan bentuk permainan yang memerlukan pemain mengawal watak untuk meluncur salji untuk jarak yang paling jauh. Seperti biasa, semakin lama anda bermain, ia menjadi semakin sukar.

Terkini, lanjutan daripada permua pertama, penerbitnya telah hadir dengan generasi kedua permua berkenaan dinamakan Alto’s Odyssey. Ia telah dilancarkan untuk beberapa platform sebelum ini, dan kini ia turut telah hadir ke Android.

Permua ini ditawarkan secara percuma untuk pengguna Android, dan ia turut hadir dengan sokongan pembelian dalam-aplikasi. Ia masih mengekalkan bentuk permainan asal, tetapi dengan penambahan antaramuka dan sebagainya. Mod baru dinamakan “Zen” turut hadir bagi membolehkan anda menikmati audio dan berasa tenang melaluinya.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun permua ini daripada Play Store hari ini.

Muat-Turun Alto’s Odyssey untuk Android


TIPS & ULASAN