Pada peranti mudah-alih, salah satu permua berbentuk perlumbaan kereta yang popular adalah Asphalt. Terkini, pembangunnya Gameloft telah pun melancarkan versi terbaru permua berkenaan, iaitu Asphalt 9 : Legends.

Seperti biasa, ia menawarkan perlumbaan berbentuk arked, selain turut membawakan sejumlah penambah-baikkan dari segi grafik berbanding sebelum ini. Asphalt 9 ini juga turut membawa kembali mod multi-pemain secara atas-talian dengan sokongan sehingga 8 orang pemain.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun permua ini di iOS dan Android hari ini.

Muat-turun Asphalt 9 : Legends di Android

Muat-turun Asphalt 9 : Legends di iOS

Sohor Kini