Permainan Percuma Hari Ini: Guns of Icarus Alliance Untuk PC

Guns of Icarus Alliance adalah permainan pertempuran kapal udara secara multi-pemain dibangunkan oleh Muse Games. Pemain secara berkumpulan akan bertempur dengan penjahat untuk PvE dan terdapat juga mod untuk bertempur dengan pemain lain.

Pemain akan mengambil tugas sebagai pilots, gunners ataupun engineers dan berkerjasama dengan rakan untuk memastikan kapal udara dalam keadaan yang terbaik.

Humble Store hari ini menawarkan permainan ini secara percuma sehingga 29 Julai. Anda akan diberikan Steam key dan permainan tersebut boleh dimuat turun melalui Steam.

Humble Bundle: Guns of Icarus Alliance

Sohor Kini