Skip to main content

Hari ini, Bandai Namco akhirnya berkongsi sebilangan informasi lanjut berkenaan DLC buat permainan Ni No Kuni 2: Revenant Kingdom. Menurut mereka, terdapat 3 DLC yang bakal tiba buat permainan tersebut termasuk DLC percuma, Adventure Pack yang bakal tiba Ogos ini.

DLC pertama, Adventure Pack merupakan set kandungan yang menyertakan pelbagai cabaran baru buat pemain. Ia akan menyertakan peringkat tambahan buat pemain di dalam Faraway Forest. Menariknya, buat mereka yang menyelesaikan peringkat tersebut, pemain akan mendapat ganjaran khas kostum baru buat Evan dan watak-watak lain. DLC ini akan tiba secara percuma buat semua pemain pada 9 Ogos ini.

DLC kedua merupakan sebahagian daripada pas musim permainan tersebut yang mana ia bakal tiba pada musim sejuk ini iaitu antara Disember sehingga Mac ini. Melaluinya, pemain akan berpeluang untuk mengembara di kawasan baru dan bertempur dengan pelbagai musuh baru sekaligus ganjaran yang pasti berbaloi untuk pemain.

Manakala DLC ketiga juga merupakan sebahagian daripada pas musim permainan yang dirancang untuk dilancarkan pada awal 2019 ini. Namun, informasi berkenaannya masih belum dikongsikan oleh Bandai Namco, tetapi menurut mereka ianya merupakan DLC yang akan mengembangkan lagi penceritaan asal buat Ni No Kuni 2: Revenant Kingdom.

Ni No Kuni II: Revenant Kingdom ialah sekuel kepada Ni No Kuni: Wrath Of The White Witch di mana ia merupakan salah satu JRPG terbaik di konsol Playstation 3 pada tahun 2011 yang lepas. Kini permainan seterusnya buat siri tersebut telah pun dilancarkan pada Mac lepas di Playstation 4 dan PC.

Leave a Reply