Informasi Permainan Video Terkini
Nickelodeon Kart Racers Diumumkan – Bakal Tiba 23 Oktober Di Playstation 4, Xbox One Dan Switch

Nickelodeon Kart Racers Diumumkan – Bakal Tiba 23 Oktober Di Playstation 4, Xbox One Dan Switch

Diterbitkan pada July 26, 2018 oleh .

GameMill Entertainment hari ini mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan permainan perlumbaan yang berdasarkan siri kartun dari Nicklodeon iaitu Nickelodeon Kart Racers khas di konsol Playstation 4, Xbox One dan Switch pada 23 Oktober ini.

Melalui permainan ini, ia akan menyertakan 12 watak daripada siri kartun Nickelodeon seperti SpongeBob SquarePants, Teenage Mutant Ninja Turtles, Rugrats dan Hey Arnold!. Permainan ini juga menyertakan mod multi-pemain dengan sokongan sehingga empat pemain dan pelbagai mod pertempuran lain dengan pelbagai cabaran.

Antara 12 watak yang tersedia terdiri watak dari kartun Nickelodeon iaitu SpongeBob SquarePants, Teenage Mutant Ninja Turtles, Hey Arnold! dan Rugrats iaitu:

  1. SpongeBob
  2. Patrick
  3. Sandy
  4. Leonardo
  5. Michelangelo
  6. Donatello
  7. Raphael
  8. Arnold
  9. Helga
  10. Angelica
  11. Tommy
  12. Reptar

Permainan ini juga akan menyertakan pelbagai litar dari siri kartun diatas seperti Bikini Bottom, bandar New York dan termasuklah rumah Tommy Pickle dari siri Rugrats.

 

Seperti kebanyakkan permainan perlumbaan kart lain, permainan ini juga akan menyertakan sebilangan mod-mod kemahiran dan kuasa buat pemain dengan pelbagai pengubah-suai kart.

Bagi anda yang berminat dengan siri kartun Nickelodeon, anda mungkin berminat untuk mendapatkan permainan Nickelodeon Kart Racers menjelang 23 Oktober ini khas di konsol Playstation 4, Xbox One dan Switch.

 


TIPS & ULASAN