Ninja Theory hari ini mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan kemaskini realiti-maya percuma buat permainan Hellblade: Senua’s Sacrifice pada 31 Julai ini.
Buat masa ini, Hellblade: Senua’s Sacrifice VR Edition ini hanya tiba Oculus Rift dan HTC Vive. Bagi mereka yang mempunyai permainan tersebut di Steam, Ninja Theory menyatakan bahawa ianya akan dikemaskini secara percuma.
Melalui edisi realiti-maya ini, pemain berupaya untuk bermain keseluruhan permainan tersebut secara realiti-maya. Namun ia masih lagi mengekal bentuk permainan secara pandang ketiga dan tidak akan memfokuskan bentuk pandang pertama.
Hellblade: Senua’s Sacrifice adalah permainan sinematik psikologi seram aksi pengembaraan yang dibangunkan oleh Ninja Theory. Permainan ini telahpun dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan PC.