Pada bulan Mei lalu, Microsoft mengumumkan alat kawalan baru yang boleh diubahsuai mengikut penyesuaian – Xbox Adaptive Controller. Alat kawalan ini direka khas buat mereka yang kurang upaya. Selain daripada alat kawalan itu sendiri, bungkusannya juga turut direka khas agar mudah dinyahkotak.

Terdapat pelbagai gelung, jalur akses, engsel, tuil, dan reben untuk membantu proses nyahkotak. Selain itu, kotak di bahagian luar turut mempunyai sejenis gelung yang mudah ditarik. Secara keseluruhan, ia adalah satu idea yang menarik, unik dan kreatif. Mekanismanya memudahkan untuk semua jenis orang kurang upaya.
Xbox kali ini dilihat turut fokus untuk beri peluang kepada orang kurang upaya bermain permainan video dengan selesa.


