PUBG Mobile Menerima Kemaskini Baharu – Menyertakan Mod Perang

Kemaskini pada bulan lepas menambah mod pandang pertama untuk PUBG Mobile. Manakala untuk bulan ini mereka membuat beberapa perubahan dan juga memperkenalkan beberapa mod baharu.

Melalui kemaskini 0.7.0 yang boleh mula dimuat-turun sekarang untuk iOS dan Android mereka menambah mod perang yang sebelum ini hanya boleh dimainkan di PUBG versi PC sebagai mod arked untuk permua ini.

Mod perang adalah berbeza dengan pertempuran royale yang biasa, ia bukan bertempur untuk terus hidup sebaliknya mengumpul markah dengan membunuh pemain lain. Setiap kali terbunuh, pemain juga akan dihidupkan kembali untuk terus berperang sehingga ada pasukan mencapai 100 markah ataupun 15 minit berakhir. Namun, berbeza dengan versi PC, ia adalah 50 v 50 berbanding 5 orang dibahagikan kepada 10 pasukan.

Mod ini buat masa ini hanya boleh dimainkan pada hari-hari tertentu sahaja iaitu Selasa, Khamis, Sabtu dan Ahad. Ia akan bermula pada pukul 12 pagi setiap hari tersebut.

Selain itu pemain juga kini boleh mencipta kumpulan yang dipanggil Clans. Pemain boleh memilih logo untuk Clan dan juga mempunyai misi khas untuknya. Turut ada penambah-baikkan lain seperti kelancaran permainan dan senjata bersama dengan rekaan semula untuk antara-muka bagi menu utama dan juga kedai.

Saiz kemaskini adalah agak besar lebih kurang 2GB, jadi carilah wifi terdekat dan selamat berperang.

Sohor Kini