Informasi Permainan Video Terkini
Realm Royale Diumumkan Bakal Tiba Di Konsol – Pendaftaran Beta Tertutup Dibuka

Realm Royale Diumumkan Bakal Tiba Di Konsol – Pendaftaran Beta Tertutup Dibuka

Diterbitkan pada July 25, 2018 oleh .

Hari ini, Hi-Rez Studios mengumumkan bahawa mereka akan membawa permainan pertempuran royale di PC, iaitu Realm Royale ke konsol Playstation 4 dan Xbox One.

Realm Royale merupakan permainan pertempuran royale yang dibangunkan oleh Hi-Rez Studios, iaitu pembangun yang sama untuk permainan multi-pemain Paladins. Permainan ini juga sebelum ini dikenali sebagai Paladins: Battleground, yang mana ia mempunyai asset permainan yang sama. Kedua-dua permainan tersebut telahpun dilancarkan di PC melalui Steam secara percuma.

Apa yang menarik berkenaan Realm Royale adalah ia mempunyai bentuk permainan berteraskan kelas watak dimana ia terdiri daripadaWarrior, Hunter, Mage, Engineer, dan Assassin. Setiap kelas watak tersebut juga mempunyai kemahiran yang berbeza.

Menariknya, bagi anda yang berminat untuk mencuba permainan ini, Hi-Rez Studios mengumumkan bahawa beta tertutup permainan ini akan bermula 30 Julai ini dan pendaftarannya telah pun dibuka melalui laman rasmi permainannya.

Bagi anda berminat, anda boleh melayari laman rasmi permainan tersebut dibawah, dan mendaftar untuk berpeluang mencuba permainan Realm Royale di konsol lebih awal.

Daftar: Realm Royale Beta


TIPS & ULASAN