Skip to main content

Melalui akaun rasmi permainan Megaton Rainfall, pembangun permainan Pentadimensional Games mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan permainan tersebut di konsol Switch, Xbox One dan juga mod realiti-maya buat pengguna PC secara rasmi pada masa akan datang.

Permainan ini sebelum ini telahpun dilancarkan di Playstation 4 yang mana ia menyokong mod permainan secara realiti-maya buat Playstation VR. Ia juga sebelum ini dilancarkan buat PC melalui Steam.

Bagi versi Switch, Pentadimensional Games menyatakan ianya bakal tiba pada 9 Ogos ini. Pada tarikh yang sama, versi realiti-maya buat pengguna PC juga akan dilancarkan melalui Oculus Store dan SteamVR. Manakala versi Xbox One pula akan dilancarkan pada 5 September ini.

Tambahan juga, mereka juga menyatakan bahawa sokongan alat kawalan Playstation Move juga akan dilancarkan pada Ogos ini buat versi Playstation 4.

Megaton Rainfall memberi peluang kepada para pemain untuk menjadi adiwira dengan kuasa kebal, kuasa serangan tenaga dan berkeupayaan untuk terbang. Pemain juga berupaya untuk memusnahkan bangunan-bangunan dan menjalankan misi untuk menyelamatkan bumi dari serangan makhluk asing dan anasir jahat. Permainan ini merupakan permainan dalam bentuk penembak pandang pertama.

Leave a Reply