Spyro Reignited Trilogy yang diumumkan pada April lepas merupakan permainan pernambah-baikkan yang mana ia merangkumi siri permainan Spyro yang dilancarkan di konsol Playstation 1 pada tahun 1998.

Selain penambah-baikkan dari segi grafik dan visual, permainan ini turut akan disertakan dengan muzik latar yang baharu. Namun berbeza dengan grafik, ada pemain yang lebih menggemari muzik latar yang lama.

Disebabkan itu melalui pengumuman di Comic Con 2018, pemain boleh memilih untuk menggunakan muzik latar yang baharu atau muzik latar yang asal. Ini sudah semestinya satu keputusan yang baik dari pembangun kerana muzik merupakan antara yang boleh mengembalikan kenangan lama.

Spyro Reignited Trilogy akan menyertakan 3 siri permainan Spyro pertama iaitu Spyro the DragonSpyro 2: Ripto’s Rage! dan Spyro: Year of the Dragon. Menurut Activision, permainan ini akan dilancarkan di konsol Playstation 4 dan Xbox One pada 21 September.

Sohor Kini