Informasi Permainan Video Terkini
DLC Percuma Special AS Laevatein (B) Buat Full Metal Panic! Fight! Who Dares Wins Dilancarkan

DLC Percuma Special AS Laevatein (B) Buat Full Metal Panic! Fight! Who Dares Wins Dilancarkan

Diterbitkan pada July 20, 2018 oleh .

Bandai Namco hari ini mengumumkan bersempena dengan ketibaan Arm Slave terbaru ARX-8 Laevatein di dalam anime Full Metal Panic! Invisible Victory, mereka akan melancarkan DLC khas buat permainan Full Metal Panic! Fight! Who Dares Wins.

Melalui DLC ini, pemain berupaya untuk mendapatkan rekaan esklusif  ARX-8 Laevatein (B) yang direka khas oleh pereka mecha Kanetake Ebikawa. Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan DLC ini, ia kini boleh dimuat-turun secara percuma melalui PSN Store.

Full Metal Panic! Fight! Who Dares Wins merupakan permainan pertempuran strategi turutan mecha yang dilancarkan pada Mei lepas khas buat pemain Playstation 4. Ia merupakan permainan yang berdasarkan anime Full Metal Panic!.

PSN Store: Special AS Laevatein (B)


TIPS & ULASAN