Skip to main content

Pada awal minggu ini Playstation Asia memperacahkan PSX SEA akan kembali pada tahun ini, hari ini akhirnya mereka mengumumkan acara tersebut akan berlangsung pada 18 hingga 19 Ogos di GMM Live House, Bangkok, Thailand.

Menariknya berbeza dengan tahun lepas PSX SEA yang bertempat di Kuala Lumpur hanya berlangsung selama sehari manakala tahun ini akan berlangsung selama 2 hari.

Setakat ini hanya 4 permainan yang diumumkan akan berada semasa acara tersebut iaitu Astrobot: Rescue Mission, Blood & Truth, Firewall Zero Hour dan Frantics. Lebih banyak permainan akan diumumkan kemudian.

Setakat ini mereka tidak berkongsi lagi maklumat lanjut seperti senarai penuh permainan, pembangun yang akan hadir dan juga peta pelan acara tersebut. Kami akan kongsi lebih lanjut apabila maklumat tersebut dikongsikan.

Leave a Reply