Epic Games hari ini mengumumkan mereka akan menganjurkan siri kejohanan Fortnite iaitu Summer Skirmish sepanjang 8 minggu dengan kumpulan hadiah bernilai $8 juta.

Siri kejohanan ini akan bermula pada hujung minggu ini untuk pertandingan Duos, dengan hadiah bernilai $250 ribu. Kejohanan ini adalah tertutup dan Epic Games sendiri yang memilih pemain yang akan menyertainya.

Namun mengikut mereka, ia akan berubah dari minggu ke minggu dan mungkin juga terbuka untuk pemain lain yang mereka akan umumkan kemudian.

Sohor Kini