Skip to main content

Penipuan atas talian menyebabkan ramai tawar hati untuk memasuki mod multi-pemain. Ia adalah penyebab mengapa permainan MMO seperti PUBG dan GTA Online sukar untuk dinikmati sekarang kerana masalah penipuan yang menimbulkan ketidak adilan. Setiap platform mempunyai sistem anti penipuan tersendiri tetapi Microsoft mempunyai perancangan menggunakan kecerdasan buatan untuk memerangi masalah ini.

Paten ini difailkan pada Mei 2017 tetapi hanya diterbitkan minggu ini bagi meneruskan proses penganugerahan paten. Sistem kecerdasan buatan yang digunakan akan menganalisa tabiat permainan pengguna berdasarkan markah yang dikumpul di dalam permainan, Xbox Achievement dan kedudukan mereka pada tangga pemain. Apabila sistem kecerdasan mengesan tingkah laku yang mencurigakan, sistem akan mengambil tindakan.

Proses automasi ini akan mengurangkan kebergantungan kepada sistem laporan yang memakan masa sebelum tidak diambil. Seperti biasa kerisauan pemain ialah kecerdasan buatan mungkin boleh melakukan kesilapan sehingga akaun digantung.

Leave a Reply