Informasi Permainan Video Terkini
Teknologi Realiti Gabungan Terkini Niantic Membolehkan Watak Maya Menyorok Di Belakang Objek Dunia Sebenar

Teknologi Realiti Gabungan Terkini Niantic Membolehkan Watak Maya Menyorok Di Belakang Objek Dunia Sebenar

Diterbitkan pada June 29, 2018 oleh .

Permainan realiti gabungan paling popular di pasaran sekarang ialah Pokemon Go. Ia membuka pintu kepada beberapa lagi permua realiti gabungan seperti The Walking Dead Our World dan Harry Potter Wizard Unite. Terkini Niantic yang merupakan pembangun Pokemon Go menunjukkan teknologi baru Niantic Occlusion yang membolehkan watak maya menyorok di dalam objek dunia sebenar. Ini memberikan ilusi seperti ia benar-benar wujud di dunia sebenar.

Ini ialah sebahagian daripada sistem Niantic Real World Platform yang menjadi enjin menghasilkan permainan realiti gabungan yang kelihatan lebih realistik. Di dalam demo yang diperlihatkan di atas, watak Pikachu dan Eevee dapat bergerak di belakang pasu bunga dan mengelak dari melanggan individu di sekeliling yang langsung tidak menyedari kewujudan watak-watak maya. Dengan kemampuan berinteraksi dengan dunia sebenar, permainan realiti gabungan yang lebih imersif akan dapat dihasilkan serta dinikmati oleh pemain.


TIPS & ULASAN