Pokemon Go membuktikan terdapat pasaran untuk permua realiti gabungan yang memerlukan pemain keluar dari rumah. Ia menghidupkan semua genre yang dipopularkan terlebih dahulu oleh Ingress. Permua The Walking Dead : Our World diumumkan pada Ogos tahun lalu. Ia adalah seperti Pokemon Go tetapi dengan zombie. Hari ini ia diumumkan pada 12 Julai hadapan.

Di dalam permainan ini anda boleh memburu zombie secara solo atau berkumpulan. Senjata untuk menentang mayat-mayat hidup ini dikutip dari persekitaran dunia maya. Pemain turut boleh membina tempat perlindungan bagi menyelamatkan diri dari serangan yang boleh membawa maut. Mereka juga boleh bertemu watak popular seperti Rick, Daryl, dan Michonne di dalam permua ini. The Walking Dead : Our World boleh dimainkan pada peranti Android dan iOS.

Sohor Kini