Informasi Permainan Video Terkini
Malaysia Akan Mewakili Asia Tenggara Untuk PES 2018 Di Sukan Asia

Malaysia Akan Mewakili Asia Tenggara Untuk PES 2018 Di Sukan Asia

Diterbitkan pada June 22, 2018 oleh .

AESF hari ini telah mengumumkan secara rasminya keputusan peringkat saringan untuk Sukan Asia 2018 yang melibatkan sejumlah permainan, termasuk Hearthstone, StarCraft 2, Clash Royale, AOV, League of Legends dan juga PES 2018.

Menariknya, untuk acara perlawanan PES 2018, Malaysia adalah salah satu wakil yang berjaya, dan akan membawa nama Malaysia dan Asia Tenggara pada kejohanan PES 2018 kelak.

Sukan Asia PES 2018

Kejayaan ini dibawakan oleh dua anak muda tempatan, iaitu Muhamad Khairul Abdul Aziz dan juga Mohd Haikal. Mereka akan bersaing dengan lapan negara lain untuk menjuarai acara Sukan Asia 2018 kelak.

Sukan Asia 2018 akan diadakan di Jakarta pada bulan Ogos kelak, yang mana turut memperlihatkan sejumlah permainan elektronik dipertandingkan.


TIPS & ULASAN