Informasi Permainan Video Terkini
Permua Westworld Kini Boleh Dimuat-Turun Secara Percuma Di iOS Dan Android

Permua Westworld Kini Boleh Dimuat-Turun Secara Percuma Di iOS Dan Android

Diterbitkan pada June 22, 2018 oleh .

Mac lepas, Warner Bros. Entertainment mengumumkan permua Westworld bakal tiba buat peranti telefon pintar yang mana kini, permua tersebut akhirnya dilancarkan secara rasmi.

Permua Westworld dilancarkan oleh Behaviour Interactive dan ianya tiba secara percuma buat iOS dan Android.

Westworld merupakan drama TV siri yang terkenal di HBO yang mana ia memfokuskan taman tema simulasi seakan zaman koboi buat pengguna. Melalui permua ini, pemain berupaya untuk menjadi seorang pelatih Delos Park dan mengendali taman tema tersebut disamping memastikan pelanggan berpuas hati dengan Delos Park tersebut.

Bagi anda yang berminat untuk bermain permua tersebut, anda boleh memuat-turunnya secara percuma di App Store buat pengguna iOS manakala buat pengguna Android, di Google Play Store.

Muat-Turun : Westworld iOS

Muat-Turun : Westworld Android


TIPS & ULASAN