Bertabahlah dompet dan akaun-akaun bank para pembaca sekalian. Jualan musim panas Steam datang lagi dan ia akan membawakan potongan harga yang amat dinantikan pengguna PC. Tarikh jualan Steam tahun ini jatuh pada enam petang 21 Jun ini (waktu United Kingdom) berdasarkan maklumat yang diberikan oleh PayPal UK.
Yeah, baby! The Steam Sale starts at 6pm, June 21st. So get your PayPal wallet ready and shop faster, safer and easier. https://t.co/aiUqkwWUB1 pic.twitter.com/Hrm9wTBKzU
— PayPal UK (@PayPalUK) June 19, 2018
Tahun demi tahun PayPalUK akan meniriskan maklumat lebih awal dari pihak Steam. Apakah permainan komputer yang telah lama anda nantikan harganya diberikan potongan? Kami sudah bersedia bagaimana pula dengan anda? Tahun ini kami akhirnya mempunyai PC yang berkuasa dan tidak sabar lagi untuk membeli Wolfenstein 2. Semoga GabeN tidak menghabiskan duit raya anda esok!