Permainan Yoshi Untuk Switch Tertunda Ke Tahun 2019

Sebelum persidangan E3 untuk Nintendo bermula antara jangkaan kami yang kami pasti betul adalah trailer terbaru Yoshi akan dikeluarkan bersama dengan tarikh permainan tersebut akan dikeluarkan.

Semasa persidangan, permainan ini tidak langsung diperlihatkan dan membuatkan kami tertanya mengapa. Melalui temubual bersama Polygon, president Nintendo of America Reggie Fils-Aime mengatakan Yoshi masih sedang dibangunkan dan mengesahkan ia akan tertunda ke tahun 2019.

Yoshi adalah antara permainan yang akan dikeluarkan pada tahun ini untuk Switch akan tetapi tampaknya Nintendo perlu mencari permainan lain untuk dikeluarkan. Yoshi untuk Switch dibangunkan oleh Good-Feel yang mengeluarkan permainan Yoshi sebelum ini iaitu Yoshi’s Wolly World untuk Wii U dan 3DS.

Sohor Kini