Informasi Permainan Video Terkini
Bentuk Permainan Ghost Of Tsushima Diperkongsikan Oleh Sucker Punch

Bentuk Permainan Ghost Of Tsushima Diperkongsikan Oleh Sucker Punch

Diterbitkan pada June 12, 2018 oleh .

Antara empat permainan yang Sony fokuskan ketika acara persidangan E3 2018 kali ini adalah Ghost Of Tsushima yang asalnya diumumkan ketika Paris Games Week lepas, kini mendapat satu trailer baru yang mempertontonkan bentuk permainannya.

Melalui trailer bentuk permainan tersebut, Sony memaparkan sebilangan bentuk perjalan dan juga pertempuran permainan tersebut. Berdasarkan trailer yang diperkongsikan, Ghost Of Tsushima tampaknya mempunyai bentuk panjatan seperti kegunaan tali untuk mencapai kawasan yang lebih tinggi. Selain itu, permainan ini juga tampaknya memainkan peranan pengitipan seakan permainan Assassin’s Creed.

Dari segi pertempuran, kami perhatikan bahawa gaya pegangan pedang juga terdapat perbezaan dan ia mengingatkan kami dengan permainan Nioh. Watak di dalam permainan tersebut juga tampaknya mempunyai kemahiran menyerang musuh dengan satu potongan kelihatan seperti filem-filem samurai.

Sudah pastinya kami sendiri tidak sabar untuk mengetahui lebih lanjut buat permainan dunia terbuka terbaru Sucker Punch ini dan buat masa ini, mereka masih belum mengumumkan sebarang informasi tambahan mahupun tarikh pelancaran.


TIPS & ULASAN