Sucker Punch, terkenal dengan siri permainan Infamous akhirnya mengumumkan permainan terbaru oleh mereka iaitu Ghost Tsushima melalui sidang media Playstation Paris Games Week yang berlangsung semalam.
Ghost Of Tsushima merupakan permainan aksi pengembaraan yang memfokuskan tema samurai dan Jepun. Ia ditempatkan di Tsushima Jepun pada tahun 1274. Namun, melalui video temu-ramah bersama pembangun permainan tersebut, mereka menyatakan ini merupakan langkah seterusnya untuk Sucker Punch menghasilkan permainan yang memfokuskan dunia terbuka. Mereka juga menyatakan permainan ini mempunyai bentuk permainan aksi pengembaraan yang membenar pemain untuk membuat serangan hendap dan sebagainya. Pemain juga akan mengawal seorang samurai ketika jangka masa askar Mongol menakluk Tsushima di Jepun pada tahun 1274.
Buat masa ini Sucker Punch masih tidak berkongsi informasi lanjut berkenaan permainan tersebut. Ghost Of Tsushima bakal dilancarkan di Playstation 4 secara esklusif dan seperti biasa, kami di Aksiz akan mengemaskini berita permainan tersebut apabila ia diumumkan kelak.