Informasi Permainan Video Terkini
Alat Kawalan GameCube Buat Nintendo Switch Bakal Tiba Di Pasaran

Alat Kawalan GameCube Buat Nintendo Switch Bakal Tiba Di Pasaran

Diterbitkan pada June 8, 2018 oleh .

Dengan pengumuman permainan Super Smash Bros. bakal dilancarkan di konsol Nintendo Switch, sudah semestinya para pemain ingin bermain permainan tersebut dengan menggunakan alat kawalan Gamecube, yang mana ia sememangnya alat kawalan terbaik untuk permainan tersebut.

Namun kini anda tidak perlu khuatir kerana PowerA, iaitu pengeluar aksesori permainan bakal melancarkan alat kawalan Gamecube untuk Nintendo Switch, secara rasmi. Namun alat kawalan tersebut adalah alat kawalan berwayar sahaja. PowerA juga sebelum ini pernah melancarkan alat kawalan bertemakan Legend Of Zelda dan Super Mario.

Selain itu, PowerA juga akan melancarkan sebilangan alat kawalan lain berwayar lain dengan pelbagai rekaan dari siri Super Mario.

Menariknya juga, tampaknya alat kawalan ini juga bakal tiba di pasaran tidak lama lagi sekaligus membuat kami berasa permainan Super Smash Bros. juga mungkin tidak lama lagi akan dilancarkan?

Namun itu hanyalah ramalan sahaja oleh pihak kami dan bagi anda yang ingin menonton ramalan kami sempena E3 minggu hadapan, anda boleh ke video ini.


TIPS & ULASAN