Pengguna konsol Nintendo Switch yang masih lagi mencari alat kawalan rekaan unik mahupun edisi terhad, anda mungkin berminat untuk mendapatkan alat kawalan terbaru ini oleh PowerA. Alat kawalan ini adalah alat kawalan berwayar yang merupakan produk rasmi Nintendo dan dihasilkan oleh syarikat PowerA. Ia bakal tiba Oktober ini dengan harga $30(~RM127). Anda boleh membuat pra-tempahan di Amazon sekarang.

Alat kawalan ini merupakan alat kawalan berwayar dan mempunyai rekaan khas permainan The Legend Of Zelda: Breath of The Wild dan siri permainan Super Mario. Ia akan disertakan bersama kabel USB berpanjang 10 kaki, grip kawalan getah dan 6 butang analog yang boleh ditukarkan.

Walaubagaimana pun, alat kawalan ini tidak akan mempunyai fungsi seperti Switch Pro Controller, antaranya ia tidak mempunyai HD Rumble, kawalan Gyro dan juga pembaca NFC untuk Amiibo.

Alat kawalan The Legend Of Zeda dan juga Super Mario oleh PowerA bakal dilancarkan pada 23 Oktober ini. Kedua-dua alat kawalan ini boleh dipra-tempahan di Amazon sekarang.

Pra-tempah : Alat Kawalan Switch Versi The Legend Of Zelda

Pra-tempah : Alat Kawalan Switch Versi Super Mario

Sohor Kini