Informasi Permainan Video Terkini
Telltale Games Memperacahkan Musim Terakhir Buat Permainan The Walking Dead: The Telltale Series
PC

Telltale Games Memperacahkan Musim Terakhir Buat Permainan The Walking Dead: The Telltale Series

Diterbitkan pada Apr 2, 2018 oleh .

Telltale baru-baru ini berkongsi imej khas buat musim terakhir bagi permainan The Walking Dead: The Telltale Series di akaun Twitter rasmi Telltale Games.

Menurut Telltale Games, permainan tersebut akan dilancarkan tahun ini yang mana ia merupakan penceritaan terakhir buat watak Clementine dari permainan tersebut.

Imej yang dikongsikan oleh Telltale Games juga mempunyai persamaan dengan permainan The Walking Dead: The Telltale Series musim yang pertama sekaligus ia memberi seakan nolstagia memandangkan watak budak yang pada musim pertama adalah Clementine itu sendiri dan kini, pada musim terakhir beliau sudah menjadi dewasa.

The Walking Dead: The Telltale Series merupakan siri permainan pengembaraan yang memfokuskan penceritaan. Ia dibangunkan oleh Telltale Games dan pernah memenangi permainan terbaik buat tahun 2012. Kini, setelah 3 musim permainan tersebut dilancarkan, musim ke-4 atau terakhir akan dilancarkan tahun ini buat konsol Playstation 4, Xbox One, PC dan versi permua akan dilancarkan di iOS.