Informasi Permainan Video Terkini
Permainan Percuma Hari Ini : Unreal Gold
PC

Permainan Percuma Hari Ini : Unreal Gold

Diterbitkan pada Mei 23, 2018 oleh .

Epic Games merupakan salah satu penerbit permainan yang sedang popular dengan permainan Fortnite akhir-akhir ini. Selain Fortnite, mereka turut mempunyai sejumlah permainan lain yang telah dilancarkan bertahun-tahun lepas.

Terkini, untuk tempoh terhad, Epic Games menawarkan permainan Unreal Gold secara percuma melalui Steam.

Unreal Gold

Permainan Unreal Gold ini telah dilancarkan secara rasminya pada 1998 yang lepas, dan kini ia menyambut ulang-tahun ke-20. Permainan ini membawa genre FPS dan aksi, dimana pemain boleh memainkan sehingga 47 misi permain perseorangan.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun permainan ini secara percuma melalui Steam hari ini.

Muat-Turun Unreal Gold di Steam


TIPS & ULASAN