Informasi Permainan Video Terkini
NBA Playgrounds 2 Ditunda Ke Tarikh Yang Akan Diumumkan Kemudian

NBA Playgrounds 2 Ditunda Ke Tarikh Yang Akan Diumumkan Kemudian

Diterbitkan pada Mei 21, 2018 oleh .

Bagi yang menanti NBA Playgrounds 2 yang sepatutnya dikeluarkan pada 22 Mei, nampaknya anda perlu menanti lebih lama. Hari ini Saber mengumumkan yang permainan ini akan ditunda tetapi tidak menyatakan tarik yang baru.

Mereka tidak mengatakan sebab akan tetapi menyatakan perkara yang baik akan berlaku kepada sesiapa yang menunggu. Kemungkinan besar permainan ini mempunyai beberapa masalah dari segi teknikal yang boleh mencacatkan pengalaman permainan.

Menurut Saber untuk siri kedua permainan ini akan disertakan dengan mod multi-pemain di atas dan luar talian selain itu untuk penggemar permainan secara solo, mod musim juga akan disertakan yang menurut mereka pemain akan melalui musim biasa, playoff dan juga NBA Championship.

Permainan ini akan mempunyai lebih 200 watak daripada pemain NBA sekarang dan juga yang sudah bersara antaranya adalah Stephen Curry, Kevin Durant, James Harden, Kyrie Irving, LeBron James, Russell Westbrook, Giannis Antetokounmpo, Anthony Davis, DeMar DeRozan, Damian Lillard, Karl-Anthony Towns, Shaquille O’Neal, Magic Johnson, Dr. J., Allen Iverson dan Larry Bird.

Permainan ini akan dikeluarkan untuk Playstation 4, Xbox One dan Switch. Sama-sama kita nantikan tarikh yang baru.


TIPS & ULASAN