Informasi Permainan Video Terkini
NBA Playgrounds 2 Akan Dikeluarkan Pada 22 Mei 2018

NBA Playgrounds 2 Akan Dikeluarkan Pada 22 Mei 2018

Diterbitkan pada Mei 11, 2018 oleh .

Sebelum ini kami melaporkan yang Saber Interactive mengumumkan permainan NBA Plyagrounds 2 akan dikeluarkan untuk Playstation 4, Xbox One, Switch dan PC pada tahun ini akan tetapi tiada tarikh tetap yang dinyatakan.

Minggu ini mereka mengumumkan yang permainan tersebut akan dikeluarkan pada 22 Mei 2018. Menurut Saber untuk siri kedua permainan ini akan disertakan dengan mod multi-pemain di atas dan luar talian selain itu untuk pengemear permainan secara solo, mod musim juga akan disertakan yang menurut mereka pemain akan melalui musim biasa, playoff dan juga NBA Championship.

Permainan ini akan mempunyai lebih 200 watak daripada pemain NBA sekarang dan juga yang sudah bersara antaranya adalah Stephen Curry, Kevin Durant, James Harden, Kyrie Irving, LeBron James, Russell Westbrook, Giannis Antetokounmpo, Anthony Davis, DeMar DeRozan, Damian Lillard, Karl-Anthony Towns, Shaquille O’Neal, Magic Johnson, Dr. J., Allen Iverson dan Larry Bird.

Dengan tarikh dikeluarkan tidak lama lagi adakah anda akan membelinya?